19 September 2008

Teknologi Komputer Masa Hadapan

Para saintis dan juga pakar-pakar komputer telah menyenaraikan beberapa aspek komputer di masa hadapan yang akan dijadikan inisiatif pada alaf baru. Dengan itu mereka telah menyenaraikan 10 aspek teknologi komputer masa hadapan.

Komputer akan mempunyai sifat kemanusiaan
Dengan itu komputer akan memahami arahan suara, kepenggunaan kehadiran maya (virtual presence) dan mengecam emosi.

Rangkaian akan menjadi lebih bijak
Sistem rangkaian yang akan diwujudkan mempunyai ciri-ciri seperti lebih pantas, sistem rangkaian rumah yang lebih bijak, penggunaa IPV4, talian digital dan intra sambungan dengan pelbagai peralatan telekomunikasi.

Web juga menjadi lebih bijak
Web juga akan memperkenalkan portal peribadi, penggunaan XML menggantikan HTML dan penggunaan percarian menerusi imej atau QBIC (Query By Image Content).

Peranti kecil berfikiran sendiri
Peranti-peranti seperti telefon, jam tangan, ketuhar gelombang mikro, TV dan peti sejuk akan menjadi lebih bijak. Penggunaan perisian seperti StrongARM, DragonBall dan pSOS akan dipertingkatkan.

Perisian menjadi lebih pintar
Perisian-perisian akan menggunakan arahan suara, penggunaan bahasa semulajadi, menggunakan teknologi Neural Net. Perisian sistem pengoperasian rangkaian juga akan menjadi lebih pintar seperti Bayesian Networks yang mampu berfungsi secara sendiri.

Ekonomi Internet akan berkuasa
Ekonomi Internet akan berkembang dengan pesat dan laman Web e-dagang akan menjadi satu agenda utama pada alaf baru. Dengan seramai 180 juta pengguna Internet seluruh dunia, jumlah yang dibelanjakan dalam Internet adalah sebanyak AS$41 bilion pada 2003.

Komputer generasi baru
Komputer akan memunculkan paparan Super XGA (1,280-by-1,024), paparan Roentgen, sebuah paparan 16.3-inci dengan resolusi 2,560 x 2,048 dan paparan yang luas serta besar.

Hiburan maya
Lebih banyak watak digital realistik dapat dihasilkan. Teknologi 3D dan aliran SIMD Extensions (SSE) akan dipermajukan. Ruangan Chat akan diadakan dalam bentuk 3D chat. Manakala dalam pembikinan permainan DirectX 8.0 pula akan dihasilkan.

Identiti Digital
Maklumat diri akan menjadi lebih terbuka dan bebas. Akhirnya segala maklumat diri yang peribadi boleh dicapai dengan mudah. Manakala maklumat dan transaksi dalam e-dagang pula akan dipertingkatkan dan ini akan membuatkan para pelanggan berasa selamat.

Ramalan
Menjelang tahun 2011, mikroproses akan menggunakan satu bilion transistor dan beroperasi pada kelajuan 10GHz serta menggunakan proses teknologi semikonduktor 0.07-micron yang mampu melakukan kiraan 100 bilion operasi sesaat.

Tips Menjaga Persekitaran Komputer

Disini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda. Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda. Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk. Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur. Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda. Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda. Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer”

2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer. Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain. Tertumpah kat keyboard biasa x per lagi, kalau tertumpah kat Luxeed keyboard ni.

3. No smoking
Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer. Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah2 keyboard. Sekiranya anda bukan perokok, jauhilah komputer anda dari perokok2 ketika menghisap rokok untuk menggunakan komputer anda. Boleh hisap tapi don’t smoking here….

4. Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer. Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus. Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan. Sekiranya haba terlampau panas, Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer sprt processor. Seelok2nya gunakanlah kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.

Jenis Darah Boleh Tentukan Sifat Anda

Jenis darah, selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorang. Hasil sebuah kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis kumpulan darah, mendapati ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda mungkin boleh melihat sendiri apakah anda mempunyai keserasian dan sifat-sifat yang tertentu berdasarkan penelitian di bawah ini.

- Kumpulan Darah O -
Ini adalah jenis darah pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia, punya daya juang yang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetitif.

- Kumpulan Darah A -
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.

- Kumpulan Darah B -
Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan.

- Kumpulan Darah AB -
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghiburkan orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Makna Disebalik Kata-kata

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki. Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan...

Sebagai contohnya:


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini adalah contoh saja. Tapi, betul ke tak betul terpulang kepada diri wanita tu sendiri. Kalau nak tau, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi. Wanita ni bukankah pemalu?

10 Cerita Lawak

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih". Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu..."

Cerita 6
Ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu terlalu lama bekerja dgn kalkulator" sambil menggaru kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Laaa... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... "

Cerita 9
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah belaka.. jd, bapanya membandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal dibanding si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik..." bapa : ???

Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...

Rahsia Telapak Tangan

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat... Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan...
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang 'gap' di antaranya... Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya... Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang... Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri! Betul ke? hehehee... kalau terkene jangan la mareee..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.

Budak-Budak Yg Lahir Pd Thn 80an...

Budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skolah rendah dulu:


** Kat skolah ade salesman jual buku cerita. Ari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak.

** Kat library, budak-budak memang baca buku tp just tengok gambar je. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

** RMT kat sekolah makan tak best, tapi yang berduit pon join RMT, tak paham...

** Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah-tengah die.

** Main lawan pemadam, sayang nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!

** Pakai pembaris yang bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dalam air tu.

** Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah-tengah tapi tak penah nampak cikgu pegang pon kat situ.

** Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.

** Time pendidikan seni; lukis, sume boleh, tapi bile time kaler, sume hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

** Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

** Jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca.

** Takut BCG, tp lepas inject poyo la pulak...

** Balik skolah beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata-mata nak mainan, coklat die tak makan pon.

** Kasut berlampu kat tapak, yang iklan die kat TV boleh tembak alien tu...

** Siri kartun; Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dan macam-macam lg.

** 1 minggu masuk skolah Tahun 1, mesti mama, abah, tok wan datang teman..

Jangan lupe sume ni sebab zaman sekarang budak-budak tak sempat layan bende-bende ni. Kite akan sentiasa berubah, cume asal usul kite yang permanent...

Finding positive out of every negative

This is nice finding positive out of every negative which we don't always manage to do.


1. For the husband who snores all night, because he is at home asleep with me and not with someone else.

2. For my teenage daughter who is complaining about doing dishes, because that means she is at home & not on the streets

3. For the taxes that I pay because it means that I am employed

4. For the mess to clean after a party because it means that I have been surrounded by friends

5. For the clothes that fit a little too snug because it means I have enough to eat

6. For my shadow that watches me work because it means I am out in the sunshine

7. For a floor that needs mopping, and windows that need cleaning because it means I have a home

8. For all the complaining I hear about the government because it means that we have freedom of speech

9. For the parking spot I find at the far end of the parking lot because it means I am capable of walking and that I have been blessed with transportation

10. For the noise I have to bear from my neighbours because it means that I can hear

11. For the pile of laundry and ironing because it means I have clothes to wear

12. For weariness and aching muscles at the end of the day because it means I have been capable of working hard

13. For the alarm that goes off in the early morning hours because it means that I am stilll alive

Rahsia Perkahwinan

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran meskipun ramai orang yang malu mengakuinya. Sebenarnya sebuah perkahwinan.. tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula.

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(Wah, suamiku seorang jutawan)

Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
(Wah, isteriku seorang ratu cantik)

Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(Wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta
Kalaulah bahagia itu pada nama
Kalaulah bahagia itu pada rupa
Kalaulah bahagia itu pada kuasa
Kenapa Charles dan Diana berpisah
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah... .

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan

Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg
hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati...'
penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
sahlah nikah dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah...
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya... iman
Jalannya... syariat
Natijahnya... akhlak

Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan... Soleh dan solehah...