08 August 2008

10 Petua Meningkatkan Motivasi Diri

1. Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapakah ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan-alasan samada daripada rakan anda, daripada keluarga, boss, atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.

2. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasi diri anda sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting.

3. Kerana saya suka tugasan ini! boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggaplah kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang!

4. Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH!. Ini adalah ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya.

5. Saya memang layak untuk ini!.Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik untuk menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerja-kerja pemasaran. Anda semamgnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut untuk melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak untuk melakukannya!

6. Ramai orang sudah berjaya melakukannya. Ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?

7. Kerana saya ingin menjadi eksekutif (atau apa-apa jawatan anda sekarang). Tegaskan bahawa anda sememangnya ingin menjadi apa yang anda jadi sekarang. Anggaplah jawatan dan kedudukan anda sekarang adalah milik anda. Oleh itu, jadilah seorang tuanpunya yang baik. Yakinlah bahawa anda boleh melakukannya.

8. Kerana saya ingin tingkatkan hidup saya. Lakukanlah kerana anda sentiasa mara ke hadapan. Jangan takut untuk melakukan kesilapan, kerana ia adalah proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup. Tidak salah untuk berbuat kesilapan, tetapi yang salah ialah tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, dan renunglah dengan hati yang bijaksana.

9. Kerana saya adalah khalifah Tuhan. Ini adalah motivasi yang diajar oleh Nabi Muhammad. Setiap manusia mesti memakmurkan alam ini dengan kebaikan dan kecemerlangan. Ia adalah satu kewajipan untuk setiap manusia. Bekerjalah sedaya upaya untuk melakukannya!

10. Pastikan anda sentiasa bersama dengan motivasi.Anda tidak perlukan kaset-kaset ceramah motivasi untuk sentiasa bermotivasi. Cukuplah diri anda untuk memberikan motivasi. Sentiasa mencari alasan kendiri kenapa anda perlu bermotivasi. Tetapkan diri anda di atas landasan yang betul, dan lakukannya sekarang!