# Cinta alas ialah perkara yang dilakukan sebagai loncatan untuk mendapatkan tujuan seterusnya.
# Cinta babas ialah perkara yang dilakukan sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau perbuatan terlanjur.
# Cinta balas ialah perkara yang diniatkan untuk sesuatu perkara yang diterima atau diundang.
# Cinta bas ialah perkara yang berputik dalam perjalanan jauh bila duduk bersebelahan.
# Cinta bebas ialah perkara yang lama dipendam tapi akhirnya diluahkan.
# Cinta belas ialah perkara yang dilakukan kerana kasihan kepada seseorang.
# Cinta bekas ialah perkara yang ditujukan kepada orang yang patah hati atau kecewa.
# Cinta buas ialah perkara yang dilakukan dengan gaya haiwan liar memeburu mangsa.
# Cinta cemas ialah perkara yang dipunyai oleh orang mempunyai darah gemuruh.
# Cinta ganas ialah perkara yang penuh dengan aksi dera seperti tampar, pukul dan maki.
# Cinta gelas ialah perkara yang amat sensitif dan mudah berkecai bila ada sedikit halangan.
# Cinta gemas ialah perkara yang berputik dalam perjalananan menuju Gemas.
# Cinta ikhlas ialah perkara yang dilakukan tidak mengharap balasan walaupun ucapan terima kasih.
# Cinta kandas ialah perkara yang terputus di tengah jalan terutamanya bila ada kesesakan jalan raya.
# Cinta kapas ialah perkara yang lembut dan putih dengan tiada pertengkaran dan perselisihan.
# Cinta kebas ialah perkara yang direbut dari orang lain biasanya dilakukan oleh kawan sendiri.
# Cinta kelas ialah perkara yang dialami oleh pelajar sekolah dalam kelas yang sama.
# Cinta keras ialah perkara yang tidak boleh diganggu biasanya siapa yang mengacau akan jatuh sakit.
# Cinta kertas ialah perkara yang hanya diluahkan melalui surat dan tulisan.
# Cinta kilas ialah perkara yang terjadi pada selayang pandang sahaja hati sudah terpikat.
# Cinta lemas ialah perkara yang boleh membuatkan pasangan remaja menjadi lemas.
# Cinta lepas ialah perkara yang sudah di depan mata tapi tiba-tiba hilang begitu sahaja.
# Cinta libas ialah perkara yang diamalkan oleh kasanova umpama buaya tidak kenal mangsa.
# Cinta likas ialah perkara yang berputik semasa melawat Likas.
# Cinta luas ialah perkara yang dialami oleh orang yang mempunyai pilihan yang amat luas.
# Cinta malas ialah perkara yang ditakdirkan kepada orang yang tidak sungguh bercinta.
# Cinta mawas ialah perkara yang dilakukan dalam hutan atau semak.
# Cinta panas ialah perkara yang disensasikan oleh media massa biasanya melibatkan orang ternama.
# Cinta pantas ialah perkara yang terjadi pada pandangan pertama perasaan bergelora.
# Cinta paras ialah perkara yang meletakkan rupa cantik sebagai pilihan utama.
# Cinta pedas ialah perkara yang penuh dengan pertengkaran dan perang mulut yang hebat.
# Cinta peras ialah ialah perkara yang dialami oleh mereka yang kecewa dengan pasangan mereka.
# Cinta ramas ialah perkara yang terjadi bila ada kemiangan dan kegatalan melanda.
# Cinta rimas ialah perkara yang dialami oleh pasangan yang kurang serasi bila duduk bersama.
# Cinta ringkas ialah perkara yang diluahkan dengan hanya melalui sistem pesanan ringkas.
# Cinta tandas ialah perkara yang dilakukan oleh mereka suka meluahkan perasaan dalam tandas.
# Cinta tangkas ialah perkara yang hebat mengatasi cabaran dan rintangan yang mendatang.
# Cinta waswas ialah perkara yang dialami oleh orang yang ragu terhadap kejujuran pasangannya.