Kenapa Alex Yoong selalu petak belakang? MALAYSIA BOLEH! Alex Yoong pelumba F1 dari Malaysia sebenarnya boleh menang... tetapi berikut adalah batu penghalang untuk dia mencapai kejayaan :
1) Dia sentiasa ingat kempen "Pandu Cermat, Jiwa Selamat"
2) Dia malas nak kena 'press conference interview' kalau menang
3) Dia selalu "Ingatlah Orang Tersayang" iaitu awek cun dia.
4) Dia boleh elak 'starting accident' bila duduk belakang
5) Mengelakkan rambut Brylcream dia rosak ditiup angin kuat
6) Dia pegang prinsip "Biar lambat, asal selamat"
7) Race day bukannya hari raya, bawak kereta laju2 nak cepat sampai kampung
8) Dia pakai tayar Silverstone buatan Malaysia
9) Boleh tengok Micheal Schumacher semasa Schumacher potong kereta dia
10) Dia tahu had laju Malaysia hanya 110 km/j sahaja dan takut kena saman ekor
11) Kereta yang dia pandu tu tak laju. Tak cukup power sebab tak pakai minyak PETRONAS, so pembakaran dlm enjin tak sempurna dan ada carbon.(ikut slang mat salleh yg cakap melayu dlm iklan petronas tu)
12) Satu lagi kehebatan alex yooong... dia pandai stabilkan cluch... jadi kereta dia tak mati enjin
Kesimpulannya, kita tak boleh nak salahkan dia... tetapi... kasihanilah dia...